PENDUDUK di sekitar Taman Pasir Putih mendapatkan rawatan di bilik gerakan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang selepas mengalami simptom sesak nafas, pening dan loya akibat sisa toksik dibuang di Sungai Kim Kim. FOTO Mohd Sabran Md Sani.

Saipul Adli Mohamad

KELAS Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA KEMAS) sekitar Pasir Gudang, Johor diarah ditutup sementara bermula 14 Mac hingga dimaklumkan kelak ekoran pencemaran bahan kimia di daerah berkenaan.

Pihak Pengurusan Tertinggi KEMAS memutuskan penangguhan operasi bagi memastikan tiada murid terkesan dengan pembuangan sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim yang melanda Pasir Gudang ketika ini.

Menerusi kenyataan media Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Masyarakat Kementerian Pembangunan Luar Bandar, di Pasir Gudang membabitkan 64 TABIKA dan 1,623 kanak-kanak serta 1 TASKA dengan 22 kanak-kanak).

Di kawasan Tebrau pula membabitkan 25 TABIKA dengan 543 kanak-kanak dan 1 TASKA dengan 23 kanak-kanak manakala di Tenggara membabitkan 1 TABIKA dengan 33 kanak-kanak.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 12:21 AM