MOHAMMAD Hisham Az-Zuhdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini. FOTO ZAtul Iffah Zolkiply
MOHAMMAD Hisham Az-Zuhdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini. FOTO ZAtul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply


PENGANGGUR mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan dengan memeluk dan memegang pipi mangsa.

Tertuduh, Mohammad Hisham Az-Zuhdi Sharifuddin Al-Safawi, 21, dari Kuala Nerus membuat pengakuan itu ketika pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dan memegang pipi mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah kedai di Batu Rakit, Kuala Nerus, jam 7.30 petang pada 20 FebRuari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 3 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 4:41 PM