Shamsul Munir Safini


AKIBAT tanah mendap, dinding sebuah rumah runtuh dalam kejadian di Taman Berlian, Bagan Ajam, Butterworth tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Penguasa Bomba Kanan II, Abdul Majid Osman berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam dan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.36 tengah malam memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat dinding runtuh di rumah berpenghuni di situ namun tidak membabitkan mangsa.

“Pihak kami menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik.

“Bomba juga membuat pemantauan dan memasang sawar-sawar (pengadang) bagi memastikan tiada unsur bahaya, ” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat jam 1.55 pagi.

Tanah runtuh yang merosakkan sebuah rumah di Taman Desa Harmoni serta seorang mangsa cedera. FOTO Ihsan JBPM.
Tanah runtuh yang merosakkan sebuah rumah di Taman Desa Harmoni serta seorang mangsa cedera. FOTO Ihsan JBPM.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 11:25 AM