MOHAMAD Ridzuan menunjukkan sijil dan trofi anugerah Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018. FOTO  Ahmad Irham Mohd Noor. (Gambar kecil) Ucapan tahniah daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
MOHAMAD Ridzuan menunjukkan sijil dan trofi anugerah Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor. (Gambar kecil) Ucapan tahniah daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
Idris Musa


MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan atlet para negara, Mohamad Ridzuan Puzi yang terus mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.

“Tahniah dan syabas Ridzuan. Kami berbangga dengan anda. Sesungguhnya lafaz Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran kami rafa’kan kepada Allah SWT.

“Kejayaan anda amat membanggakan kami dan iktibar yang dapat diambil bahawa kecacatan fizikal bukan menjadikan penghalang seseorang tidak boleh meraih kejayaan.

“Saya yakin anda boleh melakarkan kejayaan yang lebih pada masa akan datang. Sekali lagi kami ucapkan tahniah!” katanya menerusi laman Instagram beliau.

Ridzuan menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang berlangsung di Dubai, kelmarin.

Atlet yang turut dikenali sebagai Dik Wan itu mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

Dia yang meraih tiga emas di Jakarta muncul atlet pertama Malaysia diberi pengiktirafan itu.

Berita berkaitan

href="https://www.hmetro.com.my/arena/2019/02/420689/dik-wan-sedia-berkorban-l...">'Dik Wan sedia 'berkorban' lagi [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Februari 2019 @ 5:29 PM