POLIS memohon bantuan awam untuk mengesan lelaki disyaki terbabit kes samun bersenjata dikenali sebagai Mohd Syamsul Halimi Mohd Rozali, 33. FOTO ihsan Polis
POLIS memohon bantuan awam untuk mengesan lelaki disyaki terbabit kes samun bersenjata dikenali sebagai Mohd Syamsul Halimi Mohd Rozali, 33. FOTO ihsan Polis
Nor Azizah Mokhtar

POLIS meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan lelaki tempatan dipercayai terbabit dengan kes samun bersenjata.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, hari ini berkata, suspek dikenali sebagai Mohd Syamsul Halimi Mohd Razali, 33, dan kali terakhir diilhat di Blok G-1-12, Jalan Usahawan 6, Kampung Baru Air Panas Off Jalan Genting Klang.

"Suspek terbabit dengan satu kes yang disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Superintendan M Hussin Solehhuddin Zolkifly di talian 017-2446363 dan 03-92899222," katanya.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran untuk menyalurkan maklumat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 November 2018 @ 11:35 PM