MOHAMAD Fadhil  melihat buaya jenjulung  yang muncul di Empangan Sungai Bernam sejak tiga minggu lalu.
MOHAMAD Fadhil melihat buaya jenjulung yang muncul di Empangan Sungai Bernam sejak tiga minggu lalu.
HM Digital

Hulu Bernam: Orang ramai khususnya pemancing bimbang dengan kehadiran buaya Jenjulung di Empangan Sungai Bernam di sini, sejak tiga minggu lalu.

Buaya sepanjang empat meter dilihat muncul sehingga tebing sungai walaupun dengan kehadiran orang ramai atau pemancing di sungai itu.

Kemunculan reptilia air tawar itu atau nama saintifiknya Malayan gharial (Tomistoma schlegelii) yang mempunyai muncung tirus menyebabkan kawasan terbabit menjadi tumpuan.

Pemancing, Mohamad Fadhil Mohamed Ali, 38, berkata, buaya itu muncul sejak tiga minggu lalu dan disedari pekerja di empangan berkenaan ketika melakukan rutin harian.

Katanya, buaya itu sensitif kepada bunyi motosikal kerana sering muncul dan menghampiri tebing sungai apabila terdengar bunyi deruman motosikal, mungkin kerana kelaparan.

“Pada mulanya saya tak percaya ada buaya di sini, tetapi apabila saya sampai bersama rakan selepas mengetahui kejadian itu, buaya itu terus muncul.

“Buaya menghampiri tebing sungai menyebabkan saya bimbang disambar ketika memancing,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 11:01 AM