SATU gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di barat laut Sumatera, Indonesia, jam 5.11 pagi hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), pusat gempa itu adalah 178 kilometer (km) barat daya dari Cilegon, Indonesia pada kedalaman 80 km.
Bagaimanapun, kenyataan itu berkata, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.