GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Sabran Md Sani


SERAMAI 19 lelaki dipercayai terbabit dengan rusuhan bersenjatakan empat parang ditahan dalam kejadian di Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini, Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, semua suspek berusia 13 hingga 21 tahun ditahan pada 8.15 malam.

Katanya, penahanan suspek itu berikutan laporan diterima Balai Polis Mutiara Rini berikutan kehadiran 30 lelaki bersenjatakan parang di kawasan itu.

"Bertindak atas aduan itu, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi dan menahan seramai 19 lelaki bersama empat bilah parang.

"Hasil siasatan awal, kami percaya punca kejadian untuk membalas dendam kejadian pergaduhan sebelum ini yang berlaku di Taman Ungku TunAminah (TUTA)," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan menggunakan senjata.

Katanya, selain itu siastan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Oktober 2018 @ 11:02 PM