Faris Fuad


POLIS menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki di Persiaran Tropicana, Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata, suspek, 35, ditahan di Tropicana Indah, Damansara jam 7 semalam direman selama empat hari berakhir Jumaat ini.

“Mangsa terbabit dalam kes itu masih tidak sedar. Itu sahaja maklumat terkini berhubung kes terbabit setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki nyaris maut selepas ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian jam 4.50 petang.

Dalam kejadian itu, mangsa, 35, ditembak seorang lelaki selepas keluar membeli rokok di kedai serbaneka.

Mangsa pada ketika itu berjalan seorang diri selepas keluar dari kedai terbabit.

Berita berkaitan

Ditembak lepas beli rokok [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Oktober 2018 @ 4:00 PM