OPERASI mencari dan menyelamat remaja lemas disambung semula hari ini. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
OPERASI mencari dan menyelamat remaja lemas disambung semula hari ini. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Fazriq Kamarudin dan Nurul Hidayah Bahaudin


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki yang dilaporkan lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan D’Islands, Puchong, semalam, disambung semula 8 pagi, hari ini.

Komander operasi, Izman Adnan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor (Zon 5) berkata, pihaknya memulakan pencarian melalui permukaan di bahagian tebing sepanjang 40 meter.

“Op SAR dilakukan oleh enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dengan bantuan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sementara menunggu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang akan dihantar bagi mencari mangsa berusia 17 tahun itu.

“Pada masa sama, kami juga dibantu 12 pegawai dan anggota Polis Marin dan pasukan perubatan dari Hospital Putrajaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Izman berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk melakukan operasi berikutan arus air deras.

“Arus air masih lagi deras. Kami masih menilai sama ada selamat untuk melakukan pencarian melalui selaman nanti.

“Ia bergantung juga kepada keadaan arus air dan cuaca. Selain itu, kami turut bergantung dengan petunjuk daripada rakan mangsa bagi mengesan lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan terjatuh selepas tergelincir ketika mahu melihat dua rakannya masing-masing berusia 17 tahun memancing di lokasi kejadian.

Harian Metro melaporkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ditemui lemas ketika melakukan operasi SAR remaja lelaki berkenaan, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, ditemui lemas ketika memulakan operasi kira-kira 9 malam tadi.

Berita berkaitan

Jenazah 6 bomba dibawa pulang

Solat jenazah 6 bomba di BBP Seksyen 15 [METROTV]

http://hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/383098/update-panggilan-terakhir-buat-ibu

Terkejut misi cari anak ragut nyawa bomba

Pilunya...

[UPDATE] Pusaran air disyaki punca bomba lemas [METROTV].

[UPDATE] Lemas lepas terbelit tali.

[UPDATE] 6 bomba lemas dikenal pasti.

[UPDATE] Enam bomba lemas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 10:02 AM