PIHAK Bomba giat memadam kebakaran yang berpunca daripada teksi yang diparkir di hadapan rumah di Subang Jaya. FOTO Ihsan Bomba
PIHAK Bomba giat memadam kebakaran yang berpunca daripada teksi yang diparkir di hadapan rumah di Subang Jaya. FOTO Ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


TEKSI yang diparkir di hadapan rumah di Jalan USJ 6/1, Subang Jaya terbakar secara tiba-tiba, hari ini.

Dalam kejadian pada 2.17 pagi itu, kebakaran berkenaan turun merebak di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 2.17 pagi.

“Susulan itu satu jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, bomba melakukan kerja-kerja pemadaman. Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, bomba berjaya menyelamatkan dua orang mangsa yang berada di rumah,”katanya.

Menurutnya, kejadian berkenaan di sedari penghuni kediaman terbabit sebelum bertindak menghubungi pihaknya.

“Api berjaya di kawal kira-kira 30 minit kemudian. Kebakaran memusnahkan 10 peratus ruang tamu rumah berkenaan.

“Selain itu, teksi yang diparkir di hadapan rumah berkenaan hangus sepenuhnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 September 2018 @ 11:42 AM