HALIMEY mengundi di SK Kampung Lindungan, Petaling Jaya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
HALIMEY mengundi di SK Kampung Lindungan, Petaling Jaya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Siti Nur Mas Erah Amran

CALON Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar menasihati orang ramai supaya tidak keluar mengundi pada saat akhir.

Beliau berkata, diharapkan masyarakat setempat akan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat mengundi ditutup pada 5.30 petang.

“Saya harap semua akan keluar awal kerana cuaca sekarang pun agak mendung.

“Diharapkan proses mengundi akan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, hari ini.

Halimey yang tiba pada 8.40 pagi diiringi ibunya, Khalijah Md Yusuf,73, dan adiknya, Salimey Abu Bakar, 40, yang turut mengundi di lokasi yang sama.

Beliau kemudiannya menemani isterinya, Suhati Bakri, untuk mengundi di Dewan Taman Dato Hormat.

PRK ini menyaksikan calon PAS, Dr Halimah Ali mencabar calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar.

Halimey anak tempatan, pengundi Seri Setia adalah bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) manakala Halimah bekas Exco Kerajaan Selangor ketika Pakatan Rakyat (PR) memerintah di Selangor.

Halimah adalah calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu untuk DUN Selat Klang namun tewas kepada calon Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Datuk Abdul Rashid Asari.

Lagi berita PRK Balakong dan Seri Setia

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 9:57 AM