MOHD Nazree (duduk, tengah) bersama sebahagian anggota AMK dalam Program Bersama AMK Kelantan. FOTO Muhamaad Razis Ismail
MOHD Nazree (duduk, tengah) bersama sebahagian anggota AMK dalam Program Bersama AMK Kelantan. FOTO Muhamaad Razis Ismail
Muhamaad Razis Ismail


EMPAT BELAS cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan akan memberi sokongan penuh kepada calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Calon Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, daripada jumlah itu lima ketua cabang sudah menang tanpa bertanding.

"Beberapa pandangan berpendapat, trek rekod Azmin selaku Menteri Besar Selangor menonjolkan beberapa berita yang baik khususnya inisiatif rakyat dan sebagainya yang dikira memberangsangkan.

"Selain itu, mereka juga memberi sokongan penuh kepada Dr Afif Bahardin sebagai Ketua AMK.

"Ini adalah satu perkembangan yang cukup baik di sini, selain Negeri Sembilan yang menjadi negeri pertama yang membuat komitmen sokongan yang sama,"katanya selepas meluangkan masa selama sejam bersama AMK negeri, malam tadi.

Menurutnya, dia berharap komitmen lebih besar diberikan pada hari pengundian nanti dengan lebih ramai anggota parti keluar membuang undi.

"Ruang demokrasi ada dan pilihan terletak kepada semua untuk mengundi dan saya yakin semua anggota parti sudah matang untuk membuat pilihan yang terbaik.

"Matlamat AMK sebagai sayap penting dalam parti, akan membantu perjuangan gandingan mantap dia gergasi parti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali," katanya.

Pemilihan PKR 2018 akan diadakan pada 14 September sehingga 13 Oktober depan menggunakan sistem e-undi iaitu proses penggundian menggunakan kertas undi digital dalam peranti elektronik bagi menjimatkan masa, kos serta tenaga manusia.

Kira-kira 800,000 anggota PKR layak memilih pada pemilihan parti kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 9:14 AM