Daripada Saidon Idris di Beijing

TUN Dr Mahathir Mohamad mengakhiri lawatannya ke China dengan mengunjungi Akademi Sains Pertanian China (CAAS), hari ini.

Perdana Menteri meluangkan masa lebih sejam melawat Taman Sains Pertanian dan Inovasi Teknologi Kebangsaan (National Agricultural Science and Technology Innovation Park) akademi itu, pagi ini.

CAAS adalah organisasi penyelidikan saintifik bagi bidang pertanian. Ia bertanggungjawab menjalankan penyelidikan asas dan membangunkan teknologi baharu bagi menyelesaikan pelbagai cabaran dalam memajukan bidang pertanian dan memajukan ekonomi luar bandar China.

TUN Dr. Mahathir Mohamad ketika sesi lawatan ke Akademi Sains Pertanian China (CAAS). FOTO Saidon Idris
TUN Dr. Mahathir Mohamad ketika sesi lawatan ke Akademi Sains Pertanian China (CAAS). FOTO Saidon Idris

Sebelum itu, Dr Mahathir menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan syarikat China, COFCO Group Co., Ltd.

MoU itu adalah bagi pembangunan teknikal aplikasi hiliran minyak sawit dan produk berkaitannya di China.

Perdana Menteri dijadualkan berlepas kembali ke tanah air pada tengahari ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Ogos 2018 @ 11:29 AM