ELVIS Paul
ELVIS Paul
Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur mengesan lelaki warga Tanzania, Elvis Paul Kazeni Mbwambo, 22, yang dilihat kali terakhir di Asia Pacific University, Taman Teknologi, Bukit Jalil, di sini, tahun lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya berusaha membantu pihak Kedutaan Tanzania yang meminta bantuan pihak polis bagi mengesan warganegara mereka itu.

Menurut kenyataan, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Bukit Jalil Asisten Superintendan Franky Wong Kee Chaan di talian 03-89943222 atau 016-34999222.

“Maklumat boleh juga disalurkan melalui Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras di talian 03-92050222 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 11:19 AM