WAHID Omar (dua dari kiri) bergambar bersama Mohd Sabran (kanan) memenangi Anugerah Berita Pendidikan manakala Mohd Zain (dua dari kanan) diumumkan pemenang Anugerah Foto Terbaik Media Cetak Bahasa Inggeris, Jurukamera sambilan TV3, Ismail Osman (kiri) merangkul Anugerah Berita Penyelidikan dan Perundingan Televisyen, Anugerah Media Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTM Space di Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Omar Ahmad

WARTAWAN dan jurugambar Media Prima Berhad (MPB) mengungguli empat kategori Anugerah Media Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTM Space, yang diumumkan malam ini.

Hadiah kemenangan disampaikan Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar.

Wartawan Harian Metro, Mohd Sabran Md Sani memenangi Anugerah Berita Pendidikan manakala wartawan sambilan BH, Nurul Amanina Muhamad Suhaini merangkul hadiah bagi kategori Anugerah Berita Penyelidikan dan Perundingan.

Jurugambar The New Straits Times Press (NSTP), Zain Ahmed diumumkan pemenang Anugerah Foto Terbaik Media Cetak Bahasa Inggeris.

Jurukamera sambilan TV3, Ismail Osman merangkul Anugerah Berita Penyelidikan dan Perundingan Televisyen.

Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM500.

Majlis berkenaan bertujuan meraikan rakan media sebagai penghargaan atas bantuan dan kerjasama diberikan dalam membantu meningkatkan nama baik serta jenama UTM.

Pada masa sama mengeratkan dan mengukuhkan lagi jalinan ukhuwah dan hubungan akrab antara pengamal media dengan UTM.

Sementara itu Wahid dalam ucapannya menghargai usaha media dalam membantu menyiarkan maklumat berkaitan universiti itu menerusi media cetak dan elektronik.

“Semua berita baik yang disiarkan memberikan imej baik kepada UTM termasuk usaha menarik pelajar Tionghua oleh media berbahasa Cina ke universiti itu.

“Selain itu berita kejayaan UTM disiarkan dalam tempoh dua ke tiga tahun kebelakangan ini menerusi media massa dan ia amat dihargai,” katanya.

Beliau juga mengakui banyak transformasi sedang dan akan dilakukan UTM termasuk menjadikan UTM Space ke arah pendidikan transnasional.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 11:54 PM