GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


LELAKI bertindak di luar batas apabila memancutkan air mani pada baju wanita di Pasar Malam Jalan SS2/63, Petaling Jaya, semalam.

Kejadian 8.50 malam itu dipercayai berlaku apabila mangsa, 20, sedang berjalan di pasar malam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek, 55, datang dari arah belakang berbuat sesuatu kepada mangsa dan mangsa berasa seperti ada air di baju belakang.

"Adik pengadu kemudian memberitahu ternampak seorang lelaki memancut air mani kepadanya dan terkena rambut dan baju mangsa.

"Susulan kejadian itu, mangsa kemudian meminta pertolongan orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum berlaku pergelutan antara suspek dan orang awam," katanya.

Mohd Zani berkata, bertindak atas maklumat awam sepasukan polis dari Balai Polis Sea Park ke lokasi kejadian bagi meleraikan pertengkaran berkenaan.

"Setiba di lokasi mangsa memberitahu polis lelaki berkenaan membuat kelucahan melampau keatasnya sebelum tangkapan dilakukan.

"Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 3:24 PM