GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Siti Nor Hidayatidayu Razali


KESEDIAAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk meneruskan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Kelantan dan Terengganu, dianggap bermulanya era baharu politik matang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

"PAS menyambut baik dan penuh syukur di atas kesediaan Perdana Menteri untuk meneruskan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Nik Abduh Nik Aziz, hari ini.

"Kesediaan Tun Dr Mahathir akan bermulanya era baharu dalam budaya politik secara matang dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mei 2018 @ 3:52 PM