ADLY (kiri) mengadakan sidang media sempena hari pertama memulakan tugas di pejabatnya di Bilik Mesyuarat Tun Bija Sura, Seri Negeri, Ayer Keroh. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD
ADLY (kiri) mengadakan sidang media sempena hari pertama memulakan tugas di pejabatnya di Bilik Mesyuarat Tun Bija Sura, Seri Negeri, Ayer Keroh. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD
Fairuz Zaidan


KETUA Menteri Adly Zahari mengumumkan senarai 10 EXCO kerajaan negeri Melaka baharu dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

Mendahului senarai nama pada majlis lantikan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Mohd Rafiq Naizamohideen, ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew, ADUN Rembia Muhammad Jailani Khamis, ADUN Durian Tunggal Mohd Sufi Abd Wahab dan ADUN Gadek G Saminathan.

Turut dilantik, Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Ginie Lim Siew Lin (Machap Jaya), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas), Low Chee Leong (Kota Laksamana) dan Kerk Chee Yee (Ayer Keroh).

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Roslan Ibrahim.

Bagaimanapun, Adly masih belum mengkhususkan portfolio bagi setiap anggota EXCO dilantik kerana hanya akan diumumkan pada sidang media di Seri Negeri, petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 12:52 PM