SULTAN Ibrahim (dua dari kanan) dan Tunku Ismail bersama Muhyiddin (kanan)  dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (kiri) bagi membincangkan pelantikan Menteri Besar serta mendapatkan perkenan Sultan Johor bagi menubuhkan kerajaan negeri yang baharu di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. -Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

Junita Mat Rasid

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah akan membuat keputusan dan mengumumkan nama bakal Menteri Besar Johor yang baharu, esok.

Menerusi entri terbaru dalam Facebook rasminya sebentar tadi, Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah berbincang dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mengadakan perbincangan cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang baharu,” titah Sultan Johor.

Baginda bertitah demikian kepada Royal Press Office selepas menerima menghadap Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pertemuan Muhyiddin bersama Sultan Ibrahim selama 90 minit itu berlangsung dalam suasana penuh mesra.

Muhyiddin turut merakam gambar bersama Tuanku Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail sebelum pulang.

Berita berkaitan

'Muhyiddin menghadap Sultan Johor'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mei 2018 @ 3:53 PM