Tun Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah tiba di Istana Negara. FOTO Zunnur Al-Shafiq
Tun Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah tiba di Istana Negara. FOTO Zunnur Al-Shafiq
HM Digital

ISTIADAT mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri dijadualkan di Istana Negara, Kuala Lumpur, 9.30 malam ini, kata Istana Negara.

Terdahulu, Istana Negara mengesahkan penerimaan dua dokumen untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan media, dokumen pertama yang diterima, 1.38 tengah hari oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan.

Ia adalah warkah makluman ditandatangani ketua daripada beberapa parti politik untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh.

Nik Mohd Shafriman kemudian dimaklumkan menerima keputusan penuh PRU-14, mencakupi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, 2.45 petang tadi.

Penerimaan dua dokumen berkenaan kini menanti perkenan Sultan Muhammad V bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 8:16 PM