ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular sawa sepanjang lima meter berhampiran belakang Giat Mara Selama. - Foto IHSAN APM
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular sawa sepanjang lima meter berhampiran belakang Giat Mara Selama. - Foto IHSAN APM
Nor Raidah Awang


ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular sawa sepanjang lima meter (m) yang dipercayai menelan anak kambing berhampiran belakang Giatmara Selama, Selama, jam 6.18 petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Unit Selama, Leftenan (PA) Azman Amat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada penduduk memaklumkan menemui seekor ular menelan seekor anak kambing yang berada di dalam sungai.

Menurutnya, anggota APM yang tiba di lokasi mengambil masa selama 20 minit untuk menangkap ular berkenaan.

"Kami tidak berdepan masalah kerana ular sawa itu tidak agresif berikutan masih kekenyangan selepas menelan anak kambing.

"Ular sepanjang kira-kira lima m dan seberat hampir 70 kilogram itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selama untuk tindakan lanjut," katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 12:14 AM