Fairuz Zaidan; Amir Mamat; Norizzah Baharudin dan Noor Azurin Mohd Sharif

ENAM penyandang kerusi digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, Datuk MS Mahadevan; ADUN Ayer Molek, Datuk Seri Md Yunos Husin dan ADUN Paya Rumput, Datuk Sazali Muhd Din.

Tiga lagi ADUN yang mengisytihar awal untuk tidak bertanding adalah ADUN Machap, Datuk Lai Meng Chong; ADUN Pantai Kundor, Datuk Ab Rahman Karim dan ADUN Telok Mas, Datuk Wira Latiff Tamby Chik.

Berikut adalah senarai yang diumumkan Pengerusi BN Melaka yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron pada majlis pengumuman calon di kediamannya di Seri Bendahara, Ayer Keroh, hari ini.

Dalam pada itu, BN Melaka mempertaruhkan 13 calon muka baharu, termasuk tiga bagi kerusi Parlimen dan 10 DUN.

Semua muka baharu terbabit memiliki latar belakang berkelulusan akademik yang tinggi, profesional dengan calon paling muda berusia 31 tahun.

Idris dalam pengumumannya, yang penuh sesak dengan wakil media dan penyokong BN itu berkata, semua calon BN Melaka kali ini merangkumi pelbagai latar belakang dan yang terbaik.

Beliau turut mengumumkan bakal mempertahankan kerusi DUN Sungai Udang yang disandangnya.

Bagi calon muka baharu kerusi DUN, Setiausaha MIC negeri, Datuk P Panirchelvam bertanding di Gadek, Nor Azman Hassan (Pantai Kundor); Chua Lian Chye (Pengkalan Batu); Chua Kheng Hwa (Ayer Keroh); Yunus Hitam (Bukit Katil); Melvin Chua Kew Wei (Kota Laksamana); Lee Kiat Lee (Duyong); Lee Chong Leng (Banda Hilir); Abdul Razak Abdul Rahman (Telok Mas) dan Koh Chin Han (Bemban).

Dua penyandang kerusi Parlimen iaitu Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Parlimen Tangga Batu) dan Datuk Koh Nai Kwong (Parlimen Alor Gajah) akan bertanding masing-masing di kerusi Paya Rumput dan Machap Jaya.

Calon yang dikekalkan adalah Datuk Lim Ban Hong (Klebang); Datuk Wira Ismail Othman (Kuala Linggi); Datuk Md Rawi Mahmud (Tanjung Bidara); Datuk Amirudin Yusop (Ayer Limau); Datuk Sulaiman Md Ali (Lendu) dan Datuk Latipah Omar (Taboh Naning).

Selain itu, Datuk Wira Norpipah Abdol (Rembia); Datuk Ab Wahab Ab Latip (Durian Tunggal); Datuk Seri Abdul Ghafar Atan (Asahan); Datuk Wira Ghazale Muhamad (Rim); Datuk Zaidi Attan (Serkam); Datuk Roslan Ahmad (Merlimau) dan Datuk Hasan Abd Rahman (Sungai Rambai).

Penyandang kerusi DUN Bemban, Datuk Ng Choon Koon pula ditukarkan ke DUN Kesidang.

Bagi kerusi Parlimen, dua penyandang termasuk Ketua Puteri UMNO, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dikekalkan di Parlimen Masjid Tanah dan Datuk Seri Ahmad Hamzah di Jasin.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam sekali lagi dipilih untuk bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya.

Tiga calon muka baharu turut dipertaruhkan BN Melaka bagi kerusi Parlimen iaitu Ketua Pemuda BN Melaka, Zali Mat Yasin (Tangga Batu), Wong Nai Chee (Alor Gajah) dan Choo Wei Sern (Kota Melaka)

SENARAI CALON PARLIMEN DAN DUN

1. Masjid Tanah - Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

2. Kuala Linggi - Datuk Wira Ismail Othman

3. Tanjung Bidara - Datuk Md Rawi Mahmud

4. Ayer Limau - Datuk Amirudin Yusop

5. Lendu - Datuk Sulaiman Md Ali

6. Taboh Naning - Datuk Latipah Omar

7. Alor Gajah - Wong Nai Chee

8. Rembia - Datuk Wira Norpipah Abdol

9. Gadek - Datuk P Panirchelvam

10. Machap Jaya - Datuk Koh Nai Kwong

11. Durian Tunggal - Datuk Ab Wahab Ab Latip

12. Asahan - Datuk Seri Abdul Ghafar Atan

13. Tangga Batu - Datuk Zali Mat Yasin

14. Sungai Udang - Datuk Seri Idris Haron

15. Pantai Kundor - Nor Azman Hassan

16. Paya Rumput - Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah

17. Kelebang - Datuk Lim Ban Hong

18. Hang Tuah Jaya - Tan Sri Mohd Ali Rustam

19. Pengkalan Batu - Datuk Chua Lian Chye

20. Ayer Keroh - Chua Kheng Hwa

21. Bukit Katil - Yunus Hitam

22. Ayer Molek - Rahmad Mariman

23. Kota Melaka - Choo Wei Sern

24. Kesidang - Datuk Ng Choon Koon

25. Kota Laksamana - Melvin Chua Kew Wei

26. Duyong - Lee Kiat Lee

27. Bandar Hilir - Lee Chong Leng

28. Telok Mas - Abdul Razak Abdul Rahman

29. Jasin - Datuk Seri Ahmad Hamzah

30. Bemban - Koh Chin Han

31. Rim - Datuk Wira Ghazale Muhamad

32. Serkam - Datuk Zaidi Attan

33. Merlimau - Datuk Roslan Ahmad

34. Sungai Rambai - Datuk Hasan Abd Rahman

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 12:52 PM
Idris (kiri) bersama bekas ADUN yang berundur dari bertanding Ab Rahaman, (dua dari kiri), Latiff (dua dari kanan) dan Lai (kanan). FOTO Khairunisah Lokman
Idris (kiri) bersama bekas ADUN yang berundur dari bertanding Ab Rahaman, (dua dari kiri), Latiff (dua dari kanan) dan Lai (kanan). FOTO Khairunisah Lokman