M Hifzuddin Ikhsan

KETUA Menteri, Lim Guan Eng pagi ini, bertemu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas bagi mendapatkan persetujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Kenderaan rasmi membawa Guan Eng bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dilihat masuk ke Seri Mutiara pada 8.30 pagi.

Beliau kemudian mengadakan pertemuan kira-kira 30 minit bersama Abdul Rahman sebelum meninggalkan kediaman rasmi berkenaan kira-kira 9 pagi.

KENDERAAN yang membawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memasuki pintu kediaman Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan usul pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Mutiara, Jalan York, Georgetown. FOTO Amir Irsyad Omar

Guan Eng dijangka mengadakan sidang media pembubaran DUN Pulau Pinang di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada 1.45 tengah hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa Sabtu lalu, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 10:38 AM