HM Digital

Putrajaya: Seramai 40 belia autisme akan memulakan latihan enam bulan bermula pertengahan Ogos ini di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang dan IKTBN Dusun Tua, sebagai persediaan buat mereka sebelum memasuki dunia pekerjaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali berkata, program itu membabitkan bidang teknologi maklumat dan hospitaliti yang julung kali dilaksanakan kementerian bersama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

“Program itu turut dilaksanakan dengan kerjasama syarikat korporat Mydin dan Standard Chartered manakala, remaja autisme itu dipilih selepas melalui sesi temu duga.

 Nori   (tengah) melihat peserta  membuat tenunan kain pada sambutan Hari Kesedaran Autism@Rimau Cafe 2018,  semalam.
Nori (tengah) melihat peserta membuat tenunan kain pada sambutan Hari Kesedaran Autism@Rimau Cafe 2018, semalam.

“Sebagai permulaan, ia membabitkan 40 belia autisme dan berharap jumlah berkenaan dapat ditingkatkan berdasarkan bajet pada tahun akan datang,” katanya pada sidang media sambutan Hari Kesedaran Autism@Rimau Cafe 2018 di sini, semalam.

Turut hadir, Penaung Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementerian Belia dan Sukan, Nori Abdullah dan Pengerusi NASOM, Feilina Muhamad Feisol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 April 2018 @ 4:52 AM