SULTAN Johor  berkenan berangkat ke Hangar DiRaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengucapkan selamat jalan kepada Permaisuri Johor dan paduka anakanda yang akan mengerjakan umrah.
SULTAN Johor berkenan berangkat ke Hangar DiRaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengucapkan selamat jalan kepada Permaisuri Johor dan paduka anakanda yang akan mengerjakan umrah.
Mohd Fahmi Mohd Yusof

Johor Bahru: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, semalam berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama tiga anakanda baginda.

Selain Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat ke Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengucapkan selamat jalan kepada Raja Zarith dan anakanda baginda.

Berangkat sama mengucapkan selamat jalan ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam serta Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Pesawat peribadi yang membawa Raja Zarith dan anakanda baginda berlepas pada jam 12 tengah hari, semalam.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani turut mengiringi keberangkatan Permaisuri Johor dan rombongan Diraja itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 3:34 AM