Shamsul Munir Safini


TAHANAN reman seorang wanita yang disyaki mendera amahnya Adelina Lisao, 26, hingga maut disambung tujuh hari sehingga 26 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tempoh itu disambung selepas reman ke atas wanita berusia 60 tahun bermula 13 Februari lalu, tamat hari ini.

Pada 12 Februari lalu, polis menahan ibu kepada dua beradik berusia 36 dan 39 tahun yang juga majikan kepada pembantu rumah warga Indonesia yang maut dipercayai didera.

Dalam kejadian 11 Februari lalu, Adelina diselamatkan polis selepas dilaporkan didera majikannya di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam termasuk dipaksa tidur bersama anjing.

Bagaimanapun, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, muka dan kedua-dua kaki, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan

Tangisan sambut amah

[UPDATE] 'Keluarga Adelina tidak izin ke Malaysia'

Sambung reman dua beradik [METROTV]

[UPDATE] Amah Indonesia meninggal dunia [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2018 @ 12:43 PM
ANGGOTA polis membawa suspek ke Mahkamah Bukit Mertajam untuk disambung reman, hari ini. FOTO Ramdzan Masiam
ANGGOTA polis membawa suspek ke Mahkamah Bukit Mertajam untuk disambung reman, hari ini. FOTO Ramdzan Masiam