KANAK-kanak dari Kampung Tualang terpaksa memakai baju tebal untuk ke sekolah hingga akhir waktu sekolah berikutan fenomena cuaca sejuk dengan suhu mencecah 18.4 darjah Celcius dan kabus tebal yang melanda di Kuala Krai pada awal pagi tadi disebabkan tiupan angin sejuk dari Tanah Besar China berikutan Malaysia masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut. FOTO Rohaida Omar

Mohd Zulkifli Zainuddin dan Rohaida Omar

FENOMENA cuaca sejuk dengan suhu mencecah 18.4 darjah Celcius dan kabus tebal yang melanda di Kuala Krai pada awal pagi tadi disebabkan tiupan angin sejuk dari Tanah Besar China berikutan Malaysia masih berada dalam fasa monsun timur laut.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Al Adawiyah Zakaria, berkata tambahan pula, Februari adalah tempoh suhu minimum harian yang terendah berbanding bulan lain menyebabkan cuaca sejuk 'luar biasa' melanda di daerah terbabit.

"Keadaan suhu sejuk ini juga berlaku di beberapa lokasi lain seperti di Kerteh yang juga menunjukkan penurunan suhu minimum harian, namun tiupan angin terbabit tidak menyebabkan hujan lebat.

"Cuaca sejuk ini mula berlaku sejak semalam dengan mencatat suhu terendah 18.4 darjah Celcius bermula 6 hingga 8 pagi dan akan berubah kepada suhu maksimum pada waktu petang dengan mencecah 32.7 darjah Celcius.

"Kuala Krai pernah mencatat suhu paling rendah pada tahun 2014 iaitu 15.7 darjah Celcius," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2018 @ 12:33 PM