MANGSA ditemani ibunya menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan di HGM. Foto Gambar Ramli Ibrahim
MANGSA ditemani ibunya menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan di HGM. Foto Gambar Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


KANAK-kanak lelaki Orang Asli dari Pos Belatim, Gua Musang dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) dengan penerbangan ihsan kerana demam panas kritikal dan sesak nafas petang semalam.

Felliy Amman, 3, diselamatkan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan helikopter Agusta AW139, pada jam 5 petang.

Pegawai Perhubungan Awam, Unit Udara JBPM berpangkalan di Subang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Farhan Marzuki berkata, kanak-kanak itu dilaporkan mengalami demam panas dan sesak nafas sejak tiga hari lalu namun berdepan kesukaran ke hospital melalui jalan darat.

"Sebaik menerima maklumat daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gombak, pihaknya berlepas dari Subang 3.50 petang sebelum mendarat di Pos Belatim di sini 5 petang.

"Mangsa terus dibawa dengan helikopter dan mendarat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, 5.15 petang sebelum terus dibawa ke HGM untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh sebulan ini sahaja sudah lapan penerbangan ihsan membabitkan pesakit Orang Asli tinggal jauh di pedalaman Hulu Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2018 @ 11:28 AM