ANGGOTA bomba memotong nat skru besi yang tesekat pada jari hantu kanak-kanak berkenaan. Foto ikhsan bomba.
ANGGOTA bomba memotong nat skru besi yang tesekat pada jari hantu kanak-kanak berkenaan. Foto ikhsan bomba.
Hazsyah Abdul Rahman

KANAK-kanak lelaki berusia enam tahun tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas nat skru sebesar syiling 50 sen tersekat di jari hantunya di Beluran, semalam.

Pada kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke Hospital Beluran selepas mendapati nat skru itu tersekat di jari anaknya.

Bagaimanapun usaha mengeluarkan nat skru itu gagal dan pihak hospital terpaksa mendapatkan khidmat daripada pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, kira-kira 1. 30 tengah hari.

Ketua BBP Beluran, Rastam Keladi berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota dihantar ke Hsopital Beluran untuk memberikan bantuan kecemasan.

"Sebaik tiba, kami mendapati seorang budak lelaki gagal mengeluarkan nat skru pada jari hantunya.

"Difahamkan, kanak-kanak itu bermain dengan nat skru itu sebelum ia tiba-tiba tersekat di jarinya.

"Anggota bomba kemudiannya memotong nat skru itu dengan alat pemotong logam," katanya ketika dihubungi, semalam.

Rastam berkata, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan.

"Operasi berjalan lancar dan ditamatkan kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2018 @ 12:34 PM