Juruteknik mekanikal direman tujuh hari bantu siasatan kes minta rasuah RM5,000. FOTO ihsan SPRM.
Juruteknik mekanikal direman tujuh hari bantu siasatan kes minta rasuah RM5,000. FOTO ihsan SPRM.
Zatul Iffah Zolkiply


JURUTEKNIK mekanikal sebuah syarikat minyak di Kemaman direman tujuh hari sehingga Ahad ini selepas dipercayai meminta rasuah berjumlah RM5,000 daripada seorang subkontraktor.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy terhadap lelaki berusia 49 tahun di Mahkamah Majistret Kemaman.

Suspek direman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebelum ini, suspek ditahan di sebuah terminal eksport gas di Teluk Kalong di Kemaman, jam 6 petang semalam pada Ops Green.

Suspek ditahan selepas dipercayai meminta wang rasuah berjumlah RM5,000 daripada seorang subkontraktor kepada sebuah syarikat yang melaksanakan kerja memasang dan membuka perancah.

Suspek dipercayai meminta suapan itu sebagai balasan untuk mengesahkan kerja yang dibuat oleh subkontraktor.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 12:42 PM