PEKERJA menyusun hasil laut untuk dijual di Pasar Borong Selangor.
PEKERJA menyusun hasil laut untuk dijual di Pasar Borong Selangor.
Siti Salmiah A Hamid


Kuala Lumpur: Harga barangan segar di Lembah Klang kekal walaupun beberapa kawasan di pantai timur dilanda banjir.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Borong Selangor dan Pasar Chow Kit mendapati kebanyakan peniaga menjual barangan kawalan mengikut harga maksimum yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga barangan segar yang ditetapkan KPDNKK antaranya ayam standard RM7.50 sekilogram (kg), tomato (RM3.50 ke RM5 per kg), cili merah (RM14 ke RM12 per kg), kacang panjang (RM4.50 ke RM10 per kg), siakap (RM14 per kg), kembung (RM12 ke RM14 per kg), tongkol (RM10 per kg), selar kuning (RM13 per kg), ketam (RM28 ke RM30 per kg), sotong (RM20 ke RM26 per kg) dan udang RM28 ke RM30 per kg).

Harga yang dijual di Pasar Borong Selangor dan Pasar Chow Kit meliputi ayam standard RM7.50 sekilogram (kg), tomato (antara RM5 per kg), cili merah (RM12 per kg), kacang panjang (RM7 ke RM10 per kg), ikan siakap (RM16 ke 17.50 per kg), kembung (RM12 ke RM15 per kg), tongkol (RM8 ke RM10.50 per kg), sardin (RM11.50 per kg), selar kuning (RM11 ke RM12 per kg), ketam (RM20 ke RM34 per kg mengikut saiz), sotong (RM12 ke RM30 per kg mengikut saiz) dan udang RM20 ke RM34 per kg mengikut saiz).

Peniaga daging dan ayam segar, Roslan Shoib, 52, berkata, bekalan daging dan ayam di gerainya sentiasa mencukupi.

“Apabila bekalan barangan mencukupi, ia sekali gus memenuhi permintaan orang ramai malah harga jualan juga berada dalam lingkungan harga kawalan.

“Kebanyakan peniaga ayam dan daging mematuhi Skim Kawalan Harga yang ditetapkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 11:02 AM