Ahmad Zahid  (tiga dari kiri) menerima cenderahati  pada Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM, semalam.
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) menerima cenderahati pada Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM, semalam.
HM Digital

Kuala Lumpur: Usaha membanteras penyalahgunaan dan penagihan dadah selama ini masih gagal ,sekali gus memerlukan pendekatan dan kerjasama semua pihak secara lebih menyeluruh dalam menanganinya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, harus diakui usaha menangani masalah itu selama ini gagal, justeru, ia perlu dipertingkatkan lagi.

Menurutnya, tanggungjawab itu tidak harus diletakkan pada bahu kerajaan Pusat semata-mata tetapi perlu kepada kerjasama semua kerajaan negeri termasuk negeri ditadbir pembangkang.

Malah, katanya, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat keseluruhannya wajar bersama-sama melakukan usaha pemulihan, pencegahan dan pembanterasan penggunaannya.

“Ini (kegagalan) harus diakui. Tetapi tidak memberhentikan usaha kita bagi mempertingkatkan usaha.

“Jangan ada sindrom penafian dalam kalangan kita bahawa kita berjaya. Sebenarnya kita gagal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2017 @ 10:13 AM