HM Digital

Kuala Lumpur: Seramai 41 pelajar tajaan Petronas kini mengikuti program A Level di Kolej Universiti KDU sebagai persiapan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka luar negara.

Dalam satu kenyataan media, KDU memberitahu tajaan itu membabitkan yuran pengajian, kos pendidikan tambahan dan bayaran penginapan pelajar sepanjang pengajian berkenaan bagi menyokong proses pembelajaran kondusif.

Beliau berkata, jumlah pelajar yang mendapat tajaan syarikat itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelum ini.

Katanya, peningkatan itu perkembangan positif dalam mencerminkan kualiti Program A Level di kolej universiti berkenaan.

“Program A Level yang ditawarkan KDU diiktiraf di peringkat antarabangsa dan universiti terkemuka seperti Universiti Cambridge, Universiti Oxford, Universiti Manchester dan Universiti London.

“Program itu juga berfungsi sebagai pasport yang membuka peluang kepada pelajar kami masuk ke pelbagai program ijazah sarjana muda seperti perubatan, undang-undang, kejuruteraan dan banyak lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2017 @ 5:50 AM