SEMPENA sambutan ulang tahun pertama pembukaannya, Sunway Velocity Mall melancarkan kempen ‘Time For Celebration’ di Kuala Lumpur hari ini.
Sambutan dimulakan dengan pengenalan ‘Logo 1’ untuk pengunjung bergambar secara kreatif dan berpeluang memenangi hamper bernilai RM500.
Selain itu hadiah utama bagi kempen Spend & Win iaitu Nissan X-Trail 2.5L CVT juga dipertontonkan dengan pembelian minimum RM100 dalam dua resit layak untuk menyertai cabutan bertuah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls dan Theme Park, HC Chan berkata, ruang membeli-belah itu dihiasi dengan konsep karnival bermula dari 30 November hingga 1 Januari 2018.
“Sebagai menghargai sokongan kepada pengunjung pelbagai tawaran menarik dengan hadiah keseluruhan bernilai RM380,000 bakal diberi kepada mereka yang bertuah," katanya ketika pelancaran.
Pada majlis sama, Sunway Velocity Mall menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kerana memiliki 'Panel LED Pengiklanan Pelbagai Lapisan Terbesar' seluas 765 meter persegi.