Hamzah Osman


LIMA puluh finalis Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa (RCPA) 2017 tiba berperingkat untuk lawatan tiga hari di Langkawi, hari ini.

Kumpulan pertama 10 jelitawan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di Padang Matsirat, pada 9.50 pagi.

FOTO Hamzah Osman
FOTO Hamzah Osman

Mereka mewakili 60 negara dan akan menyertai pertandingan RCPA Edisi ke-20 di satu hotel terkemuka di Langkawi, pada 31 Disember ini.

Tuan rumah, Malaysia akan diwakili penuntut, Melissa Ng Sook Khuan, 24, yang juga model sambilan.

Hadir sama menyambut ketibaan rombongan jelitawan itu di LIA adalah Pengurus Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nor Aznan Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 11:19 AM