SEBAHAGIAN wanita yang disyaki GRO diperiksa. FOTO  Khairul Helmy
SEBAHAGIAN wanita yang disyaki GRO diperiksa. FOTO Khairul Helmy
Norizuan Shamsuddin


POLIS menahan 35 warga asing dipercayai wanita pelayan pelangan (GRO) hasil serbuan di pusat hiburan di Puchong, pada 10.30 malam tadi.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Sebuan berikutan hasil risikan dan maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral membabitkan wanita warga asing di premis terbabit.

Difahamkan, hasil risikan dilakukan polis sejak seminggu lalu mendapati premis itu sentiasa dipenuhi wanita warga asing.

Katanya, mereka dipercayai menawarkan layanan bagi menemani pelanggan berhibur dan perkhidmatan seks di hotel berdekatan.

Menurutnya, ketika serbuan dianggarkan lebih 120 pelanggan cuba melarikan diri akibat cemas sehinggakan menyebabkan seorang anggota polis cedera akibat rempuhan.

Bagaimanapun, polis berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan, 34 wanita Vietnam dan seorang Thailand disyaki GRO ditahan.

Difahamkan, empat daripada suspek didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah manakala selebihnya didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kesemua suspek dibawa ke IPD Serdang bagi tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 2:08 AM