MOHD Anwar
MOHD Anwar
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Pembinaan hospital khusus bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi keselesaan kepada kira-kira 300,000 pesara tentera bagi mendapatkan kemudahan rawatan kesihatan lebih baik.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, perancangan bagi membina hospital berkenaan adalah penghargaan buat pesara tentera dan pasangan masing-masing yang diberikan kemudahan rawatan percuma selepas bersara sehingga meninggal dunia.

“Buat masa ini, kami mendapatkan kemudahan itu di lima hospital milik ATM selain pilihan hospital kerajaan lain di seluruh negara,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 7:47 AM