Joseph (kiri) ketika melakukan lawatan ke Program Karnival Kerjaya SPA 2017 di Dewan Serbaguna Kementerian Dalam Negeri (KDN), Anak Bukit, Alor Setar hari ini. Foto Noorazura Abdul Rahman
Joseph (kiri) ketika melakukan lawatan ke Program Karnival Kerjaya SPA 2017 di Dewan Serbaguna Kementerian Dalam Negeri (KDN), Anak Bukit, Alor Setar hari ini. Foto Noorazura Abdul Rahman
Noorazura Abdul Rahman

SEBANYAK 121 kes tindakan tatatertib dan 365 kes rayuan diambil terhadap penjawat awam di seluruh negara sepanjang tahun ini sehingga 31 Ogos lalu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun berkata, tindakan tatatertib itu diambil atas pelbagai kesalahan iaitu tidak hadir bertugas, sabitan mahkamah dan tatakelakuan mengikut Perkara 144 Fasa 1 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, tahun lalu hanya 66 kes tindakan tatatertib dan 564 kes rayuan tatatertib diputuskan SPA.

"Kes tindakan tatatertib meningkat tahun ini susulan meningkatnya kesedaran ketua-ketua jabatan untuk mengambil tindakan terbabit selepas SPA menganjurkan lebih banyak kursus mengenainya kepada mereka.

“€œSPA berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib serta Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam yang boleh memutuskan untuk mengambil tindakan membuang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional,”€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Kerjaya SPA 2017 di Dewan Serbaguna Kementerian Dalam Negeri (KDN), Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

Sehubungan itu, Joseph menasihatkanpenjawat awam supaya menjaga tatakelakuan dan integriti semasa bertugas supaya tidak dibuang kerja berikutan peluang untuk berkhidmat semula dalam perkhidmatan awam sangat tipis dan berkemungkinan tidak berpeluang langsung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2017 @ 5:27 PM