Pasukan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara yang  menyertai perbarisan ketika Majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke- 84 di Kem Perdana Sungai Besi.
Pasukan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara yang menyertai perbarisan ketika Majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke- 84 di Kem Perdana Sungai Besi.
Siraj Mohd Zaini


Subang: Kumpulan terakhir Pasukan Pengaman Batalion Malaysia 850-4 (MALBATT 850-4) selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), petang semalam.

Kumpulan seramai 215 anggota diketuai Kolonel Riezal Arif Ismail itu tiba di tanah air kira-kira jam 4.30 petang selepas menamatkan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) selama 12 bulan sejak 21 September 2016.

Turut berada di dalam pesawat Air Asia Airbus A330 itu adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohad Johari Baharum yang melakukan lawatan kerja di kem MALBATT.

MALBATT 850-4 dianggotai 850 anggota iaitu 76 pegawai dan 774 anggota lain-lain pangkat termasuk tiga pegawai dan 24 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan mereka pulang secara berperingkat sebelum ini.

Selepas berkhidmat selama setahun di Lubnan, MALBATT 850-4 secara rasminya menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada MALBATT 850-5 yang diketuai Kolonel Khairul Anuar Abd Aziz untuk meneruskan tugas selanjutnya.

Sepanjang penugasan di sana, MALBATT 850-4 mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang serta turut diberi pengiktirafan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2017 @ 4:35 AM