FOTO Saddam Yusoff
FOTO Saddam Yusoff
Syarifah Dayana Syed Bakri


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan pendapatan pelaburan kepada RM11.51 bilion dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2017 (S2 2017), iaitu peningkatan sebanyak 36.36 peratus berbanding RM8.44 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, keadaan pasaran adalah lebih baik berbanding setahun yang lalu dan semua kelas aset dalam portfolio KWSP mencatatkan pertumbuhan tahunan yang sihat, di mana Ekuiti terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan bagi suku tahun yang dilaporkan.

“€œDaripada pendapatan pelaburan RM11.51 bilion yang dicatat, Instrumen Pendapatan Tetap telah menyumbang sebanyak 37.29 peratus, Ekuiti 53.72 peratus, manakala Hartanah dan Infrastruktur menyumbang 6.23 peratus dan Instrumen Pasaran Wang sebanyak 2.64 peratus.

“€œWalaupun prestasi mencatatkan peningkatan tahunan yang ketara dalam S1 2017 dan S2 2017, momentum dilihat menurun berikutan keuntungan korporat yang kembali kepada paras normal dalam S2 2017. Oleh itu, kami menjangka pertumbuhan pendapatan yang sederhana dalam suku tahun yang akan datang,”€ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM820.71 juta daripada jumlah pendapatan pelaburan RM11.51 bilion dijana untuk Simpanan Shariah, manakala RM10.69 bilion untuk Simpanan Konvensional.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 2:59 PM