PENAGIH   yang  ditahan di  ladang   sawit dekat Kampung Che Zainal, semalam.
PENAGIH yang ditahan di ladang sawit dekat Kampung Che Zainal, semalam.
Razif Rosli


Ipoh: Seorang lelaki warga emas antara 24 individu yang ditahan ketika mengambil dadah di sebuah ladang sawit dekat Kampung Che Zainal, Chemor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, lelaki berusia 60-an itu ditahan sepasukan anggota Agensi AntiDadah Kebangsaan dalam Op Perdana sempena Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 2017 di sekitar daerah ini.

Walaupun pernah ditahan sebelum ini, lelaki yang mempunyai isteri dan anak itu kembali menagih dan melanggar syarat pengawasan Seksyen 6 (2) (d) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Ketua Pegawai Penguatkuasa AADK Kinta Mohamed Zaharen Ibrahim berkata, operasi bermula jam 4 pagi sehingga 10 malam itu tertumpu di kawasan panas yang dijadikan tempat penagihan serta mendapatkan bekalan dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2017 @ 7:32 AM