LAPORAN mengenai Allahyarham Datuk Samuri Juraimi.
LAPORAN mengenai Allahyarham Datuk Samuri Juraimi.
Garret Dawum


“LEGASI perniagaan ini akan kami teruskan kerana ia warisan keluarga," kata Nor Ilyana, 37, anak pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Allahyarham Datuk Samuri Juraimi.

Anak ketiga daripada lima beradik itu, berkata perniagaan yang sudah berusia 25 tahun itu sungguh bermakna dan akan diteruskan seperti biasa.

“Kami lima beradik memang sudah membabitkan diri dalam perniagaan sate ini sejak sekian lama.

“Ayah selalu memberi tunjuk ajar kepada kami berkenaan perniagaan ini dan akan diteruskan seperti yang diwasiatkan," katanya kepada Harian Metro.

Allahyarham Samuri, 73, meninggalkan balu, Datin Jani Mohamad Amir dan lima anak, Norsham, Sofian, Nor Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam, kira-kira 8 pagi.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, pada kira-kira 9 pagi.

Berita berkaitan

Hj Samuri meninggal kerana barah hati

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 5:11 PM