KEBAKARAN lalang di Kampung Dalam, Tumpat. FOTO ihsan Info Semasa Tumpat
KEBAKARAN lalang di Kampung Dalam, Tumpat. FOTO ihsan Info Semasa Tumpat
Mohamad Zulhairie Manzaidi


BOMBA mengambil masa lebih dua jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran lalang di Jalan Kampung Kelong, Kampung Dalam,Tumpat, hari ini.

Kebakaran pada 1.20 tengah hari itu membabitkan keluasan 0.4 hektar.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.24 tengah hari.

Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan di lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba memulakan operasi mengawal dan memadamkan kebakaran daripada terus merebak.

"Cuaca panas dan berangin menyebabkan kebakaran lalang cepat merebak, namun berjaya dikawal.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya 4.10 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 6:54 PM