ANTARA wanita warga asing yang ditahan. FOTO Nasrawati Syarifuddin
ANTARA wanita warga asing yang ditahan. FOTO Nasrawati Syarifuddin
Nasrawati Syarifuddin


LAPAN BELAS gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau di tiga pusat hiburan sekitar kawasan Fajar Tawau, semalam.

Dalam serbuan bermula 11 malam itu, beberapa GRO cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pihak imigresen, namun dapat ditahan semuanya.

Ketua Jabatan Imigresen Daerah Tawau, Noraini Rasi berkata, serbuan dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam berikutan ada premis yang menggaji pekerja asing.

"Hasil pemeriksaan mendapati, seorang wanita warganegara Indonesia, 11 warga Filipina, dua warga Vietnam dan empat warga China tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Mereka dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noraini berkata, semua yang ditahan berusia 18 hingga 44 tahun itu di bawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Ogos 2017 @ 9:44 PM