ACARA sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Perpaduan Daerah Klang 2017.
ACARA sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Perpaduan Daerah Klang 2017.
MURID, guru serta ibu bapa kibar Jalur Gemilang sepanjang 60 meter.
MURID, guru serta ibu bapa kibar Jalur Gemilang sepanjang 60 meter.
MURID serta ibu bapa mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik pada Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Perpaduan Daerah Klang 2017 di Stadium Kota Raja, Klang.
MURID serta ibu bapa mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik pada Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Perpaduan Daerah Klang 2017 di Stadium Kota Raja, Klang.

Klang: Kemeriahan sambutan ambang hari kebangsaan negara disambut penuh ceria dan warna-warni oleh 1,000 murid Tabika Perpaduan Daerah Klang di Stadium Kota Raja, semalam.

Pegawai Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Klang, Syahilawani Nordin berkata, usaha murni itu bertujuan menanamkan rasa cinta tanah air kepada kanak-kanak sejak usia muda.

“Kita melaksanakan aktiviti seumpama itu setiap tahun supaya kanak-kanak seawal usia empat hingga enam tahun dapat menghayati erti kemerdekaan sebenar.

“Namun, kali ini sambutan sambutan lebih meriah kerana mempunyai bendera Jalur Gemilang sepanjang 60 meter,” katanya.

Kata Syahilawani, bagi merealisasikan konsep bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa, semua 31 tabika itu membuat persembahan bagi menggambarkan suasana Hari Kebangsaan yang disambut pada 1957.

Sementara itu, Guru Tabika Perpaduan Jalan Yadi Sungai Bertik A, Norlela Abd Rahman, 46, berkata persembahan muridnya yang mengetuai perbarisan dengan menaiki permainan motosikal polis mempunyai maksud patriotik tersendiri.

“Dalam persembahan itu, kami ingin mereka faham mengenai keperluan penguatkuasa undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan rakyat.

“Ia turut memupuk sikap positif dan semangat perpaduan sesama murid selain memberi kesedaran mengenai kepentingan kesepakatan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa dalam satu negara, ” katanya.

Semua 30 murid yang mewakili skuad Tabika Zon Empat itu menjuarai persembahan terbaik sempena sambutan program berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 10:05 AM