DATU Nasrun (dua kanan) melihat sarung tangan getah yang dikeluarkan oleh MREPC. Turut kelihatan Ahmad (kanan) dan Christina (dua kiri). FOTO Mohd Adam Arinin
DATU Nasrun (dua kanan) melihat sarung tangan getah yang dikeluarkan oleh MREPC. Turut kelihatan Ahmad (kanan) dan Christina (dua kiri). FOTO Mohd Adam Arinin
Amniera Naziera Amran


MAJLIS Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) hari ini, menyerahkan satu juta sarung tangan getah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Sarung tangan getah itu akan diagihkan kepada hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian dan pusat penjagaan kesihatan di seluruh Sabah.

Ia disampaikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dalam satu majlis di Kota Kinabalu, hari ini.

Datu Nasrun berkata, usaha terbabit dijangka dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran penggunaan sarung tangan dalam kalangan kakitangan kesihatan bagi menggalakkan penggunaan peralatan perlindungan untuk mencegah dan mengurangkan jangkitan.

"Sarung tangan getah perubatan terbabit adalah peralatan perlindungan yang penting bagi pegawai perubatan dan kakitangan kesihatan yang mampu melindungi serta mencegah jangkitan penyakit antara pesakit," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan itu.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi dan Pengerusi MREPC, Ahmad Lai Bujang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2017 @ 1:43 PM