Tapak kiri kaki Azman terbelah selepas terkena mata pisau jentera pembajak sawah. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Tapak kiri kaki Azman terbelah selepas terkena mata pisau jentera pembajak sawah. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


LELAKI pemandu jentera pembajak sawah parah apabila tapak kaki kanannya terbelah akibat terkena mata pisau jentera itu di Parit Buntar Ahad lalu.

Lebih mengerikan, ibu jari kaki mangsa turut putus dan gagal diselamatkan.

Bapa mentua mangsa Md Nayan Hanapiah 56, berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari berhampiran kediaman mereka di Kampung Parit Haji Wahab,Tanjung Piandang, di sini, mangsa, Azman Shah Baharudin 30-an yang mengendalikan jentera pembajak, dikatakan menghentikan jentera yang dipandu bagi membersihkan mata pisau jentera yang tersangkut tanah.

Menurutnya, dia pada ketika itu berada di laman rumah, menyedari mangsa berhenti dan turun dari jenteranya namun berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila menyedari mangsa tidak kelihatan di jenteranya.

"Sedang saya gelisah memikirkan tindakannya, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi dan sebaik di jawab, Azman memaklumkan kakinya parah akibat terkena pisau jentera.

"Saya bersama seorang lagi menantu segera bergegas mendapatkan mangsa dan sebaik tiba, kelihatan tapak kaki kirinya terbelah dan mangsa berada dalam kesakitan akibat kecederaan teruk selain mengalami pendarahan yang banyak.

"Kami segera mengangkat mangsa masuk dalam kenderaan dan membawanya ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 11:10 PM