LEE (berbaju biru) didakwa membuat wang kertas palsu.
LEE (berbaju biru) didakwa membuat wang kertas palsu.
myMetro

Petaling Jaya: Seorang pemandu teksi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan membuat wang kertas palsu yang keseluruhannya berjumlah RM5,400, 11 Julai lalu.

Tertuduh, Lee Meng Tah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mabel S Muttiah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat wang kertas palsu menggunakan komputer riba, mesin pencetak dan pemacu data dengan niat untuk memalsukan wang kertas iaitu 54 wang kertas RM100 dengan nombor AR4510836.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di alamat 7E-06-01, Jalan Wawasan 2/3, Pangsapuri Akasia, Pusat Bandar Puchong, jam 3 petang, 11 Julai lalu mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R Puspharasi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dibenarkan jaminan atas alasan dia penanggung utama keluarga dan mempunyai tiga anak yang masih bersekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2017 @ 5:26 AM