Hitachi

Masalah kekotoran pada bahagian dalam mesin basuh hingga menyebabkan pembentukan bakteria kini mampu dielak dengan kehadiran mesin basuh Hitachi 'Ultra Stream Wash' terbaru yang menawarkan teknologi 'Auto Self Clean' atau pembersihan dalaman automatik.

Keadah ini membolehkan aliran air yang dijana mesin basuh Hitachi bertindak mencuci kekotoran pada bahagian luar tab besi tahan karat dan pada masa sama membersihkan permukaan tab plastic di bahagian dalaman.

Dengan teknologi ini, setiap kekotoran pada bahagian dalam mampu dibersihkan secara maksima, sekali gus mengurangkan pembiakan bakteria yang mampu menyebabkan penyakit seperti asma dan alahan kulit.

Bagi siri Ultra Stream Wash, mesin basuh ini menawarkan pencucian menggunakan kitaran air yang dinamik dan fungsi ini membolehkan pakaian atau kain dibasuh dengan Pembasuhan Empat (4) Langkah.

Kuasa pembasuhan mampu dikawal sama ada lebih lembut (-2,-1), normal (0), lebih kuat (1,2), malah ia mampu dikawal dengan penggunaan empat butang canggih yang mesra pengguna.

Bagi model Ultra Stream Wash, ia hadir dengan tiga jenis kapasiti muatan iaitu, 18 kilogram (kg), 20kg dan 24kg.

Bagi saiz terbesar iaitu 24kg, pengguna mampu membasuh kira-kira 120 helai* baju sekali gus, malah dengan kapasiti muatan ini, mesin basuh Ultra Stream Wash turut berupaya mencuci jenis kain yang besaiz besar seperti langsir atau cadar.

Selain itu dengan hadirnya fungsi kawalan inverter, kelajuan putaran tab dan 'pulsator' boleh diselaraskan dengan mengikut kesesuaian, sekali gus mampu menjimatkan tenaga secara optimum.

Model ini hadir dengan dua (2) variasi warna iaitu perak (silver) dan emas 'champagne'.

*Berat sehelai baju dianggarkan 200g.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 7:32 AM